Zinc Shaklee untuk lelaki.



Assalamualaikum,
Sapa tahu siapa lagi mementingkan kesihatan? lelaki ke perempuan? menurut daripada servey saya sendiri, lelaki pon sangat mementingkan kesihatan. Mereka juga turut tidak lupa untuk mengamal suplemen.Dari pemerhatian saya lelaki dan perempuan sama ja pentingkan kesihatan di era ini. hehe.

Baiklah sekarang ni kita cita plak produk shaklee untuk kesihatan lelaki. hehe




Ini pasai Zinc Shaklee

1. Meningkatkan Kesihatan Seksual dan TahapTestosteron 

Zink ni dipanggil "the ultimate sex mineral" kerana zink mempengaruhi kesuburan lelaki, potensi, nafsu seks dan kesihatan seksual jangka panjang. Zink adalah penting untuk pengeluaran sperma, dan kebanyakan kebanyakan sebab kenapa jumlah air mani menurun dan paras testosteron rendah adalah kerana bekalan zink rendah.Info menarik, setiap ejakulasi boleh mengeluarkan sehingga 5 miligram zink, atau hampir separuh daripada jumlah keperluan harian manusia. Jadi jika anda sedang planning untuk menambah ahli kelaurga, zink boleh membantu meningkatkan kesuburan anda.

2. Menguatkan sel sperma

Jika inginkan zuriat, adalah tidak memadai jika hanya mempunyai nafsu seks yang sihat dan sperma yang sihat dalam jumlah yang mencukupi. Tapi sperma tersebut perlu lah mampu untuk bergerak dengan pantas. Sel sperma perlu kuat dan mempunyai ketahanan yang tinggi untuk berenang ke arah telur untuk menyuburkannya. Ketahanan dan kekuatan sel sperma yang rendah adalah salah satu punca utama ketidaksuburan lelaki.Kekurangan zink boleh menyebabkan bacaan kekuatan sel sperma (sperm motility) di bawah 50% iaitu peratusan sperma yang bergerak ke hadapan kurang daripada separuh.






3. Mengurangkan Risiko Kanser Prostat

Zinc memainkan peranan penting dalam mengekalkan dan meningkatkan kesihatan prostat. Baru-baru ini, ahli-ahli sains di Universiti Johns Hopkins dan Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian (cabang penyelidikan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat) mendapati bahawa tisu prostat kanser mengandungi zinc yang sangat kurang berbanding daripada tisu organ yang sihat. Walaupun zinc terdapat dalam setiap organ, tisu dan sel dalam tubuh manusia, tetapi dalam badan lelaki, prostat mempunyai zinc lebih daripada mana-mana tisu lain kecuali tulang. Lelaki yang kurang kandungan zinc cenderung untuk mengalami pembesaran prostat (benign prostatic hyperplasia atau BPH) dan prostatis (radang prostat). Mereka juga mempunyai potensi mengidap kanser prostat yang lebih tinggi.

Lihat, betapa zink memainkan peranan yang sangat penting untuk kesuburan lelaki. Satu lagi fakta menarik tentang zink adalah zink merupakan mineral penting yang membantu menghasilkan thyroid-releasing hormones, atau TRH, dalam otak, yang kemudiannya memberi isyarat pituitari untuk menghasilkan thyroid-stimulating hormone (TSH). Pada lelaki, kegagalan untuk melakukannya juga menghasilkan tahap testosteron yang rendah.

Jadi, apa kata pertimbangkan pengambilan supplement ZINK jika anda merancang untuk mempunyai zuriat. Cadangan terbaik tentulah dari SHAKLEE. Atau untuk cadangan set kesuburan secara menyeluruh, suami dan isteri boleh mengambil set kesuburan yang juga mengandungi supplement ZINK COMPLEX SHAKLEE.

Comments