Masker ESP + Alfalfa Shaklee

Assalamualaikum,

Selamat petang semua, entry kali ini saya nak bagitau resepi buat masker ESP dan Alfalfa. Ini semua saya buat malam tadi. Rasa macam nak tambahkan lagi kecantikkan ini.  Memandang petang semalam saya dapat panggilan daripada syarikat swasta bahawa saya dalam senarai pendek untuk interview pada hari Khamis ni 26 December 2013. Jadi saya inginkan wajah yang sihat dan berseri-seri seterusnya yakin bila berhadapan dengan interviewer nanti. Macam minta kerja jurusolek je aku ni. Apa-apa pun doakan saya dapat kerja tu ya.

Marilah kita babak seterusnya iaitu resepi masker ESP + Alfalfa Shaklee untuk 3 orang pakai:

1 sudu besar ESP Shaklee
2 tabs Alfalfa Shaklee
Air panas secukupnya ( untuk larutkan alfalfa)

Cara-cara:
Larutkan Alfalfa bersama-sama air panas. Campurkan dengan ESP dan kacau hingga sebati. Pastikan tidak terlalu cair nanti susah pulak nak sapu kat muka kan? Seterusnya sapukan di muka baby facemu.. :)

sediakan bahan-bahan masker
Langkah seterusnya,
kacau semua bahan tadi dengan sebati tahu
Seterusnya,

sapukan dimukamu
Dannnn,
tadaaaa, ini my sis


jang jang!!
 Nah hamek muka yang hadir dalam mimpi ngerimu..

aiyak!! ngeri plok wat muka burokk! tolonglah


So semua, selamat mencoba ya. Esok pasti korang akan rasa fresh, berseri-seri, dan perasan dengan diri sendiri. Sesuai untuk mereka yang nak dating keesokan harinya , atau interview macam saya ni.. Moga dapat  kerja tu ya Allah. amin

Dadaaaa. :)




Comments